Selasa

Selamat Datang ke Laman www.TerbitSendiri.com!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Anda mungkin mempunyai sebab-sebab peribadi ataupun profesional mengapa anda hendak terbit buku. Mungkin kerana hendak jadikannya sebagai sumber pendapatan tambahan. Ataupun mungkin sumber pendapatan tetap anda sebagai penulis sepenuh masa. Mungkin juga anda ada maklumat penting yang ingin dikongsi ataupun ada cerita menarik bagi disampaikan kepada umum. Dan jika anda seorang pensyarah, mungkin kerana hendak naik pangkat.
Bagi sesetengah individu yang berbakat menulis, menjadi penulis bebas untuk suratkhabar, majalah, laman web, dan sebagainya memang berbaloi dan tidak begitu sukar. Namun begitu, menjadi penulis dan menerbit buku dengan penerbit besar mungkin menjadi cabaran kepada mereka. Senario ini begitu ketara di Malaysia. Sebagai contoh jika anda hendak menerbit buku non-fiksyen ataupun akademik, penerbit yang ada begitu terhad. Ditambah pula isu lambat terbit, royalti rendah, edaran yang tidak mantap dan pelbagai lagi isu. Ini semua menjadi halangan kepada penulis.
Kebelakangan ini, penulis mula didedahkan dengan cara baru menerbit buku mereka sebagai jalan alternatif. Cara ini dinamakan sebagai TERBIT SENDIRI. Terbit sendiri mula bertapak dan berkembang apabila teknologi baru percetakan dikenali sebagai percetakan digital dan desktop publishing diperkenalkan. Sekarang, sebalik perlu cetak beribu-ribu naskhah bagi setiap judul yang terbit, anda boleh cetak minimum senaskhah sahaja dalam satu-satu masa.
Kos bagi menerbit sendiri buku anda juga tidaklah semahal seperti dahulu. Anda juga boleh buat duit dengan mengedar dan menjual sendiri buku yang diterbitkan dengan bantuan internet. Anda tidak perlu lagi mengharapkan royalti 10-20 peratus yang ditawarkan oleh penerbit. Dengan terbit sendiri dan mengedar sendiri buku anda, anda dapat nikmati royalti sehingga 80 peratus.
Laman terbitsendiri.com ini akan membimbing anda langkah demi langkah bagaimana menerbit sendiri buku. Dapatkan tip-tip percuma sebagai panduan untuk anda.
Bagi anda yang berminat mengetahui lebih mendalam mengenai cara menerbit sendiri buku, sebuah buku berjudul "Buat Duit dengan Terbit Sendiri" tulisan En. Nazrul Samsudin kini boleh dibeli melalui laman web ini. Buku ini tidak ada dijual di mana-mana kedai buku. Ianya hanya boleh dibeli di internet sahaja dalam bentuk e-book. Klik link ini bagi mendapat maklumat lanjut:www.terbitsendiri.com/bukusendiri.
Selamat Maju Jaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan