Jumaat

Pelajar Politeknik Terbit Sendiri Buku


Kali ini, saya hendak perkenalkan kepada anda, satu buku yang bakal terbit berjudul 'Rahsia dan Peluang Menjadi Penternak Jutawan'. Buku ini ditulis oleh En. Ahmad Rustam bin Amir. Beliau masih lagi menuntut di Politeknik Shah Alam. Namun beliau sudah berani berjinak-jinak dalam bisnes buku dengan menerbit sendiri buku beliau itu melalui syarikat penerbitan yang beliau tubuhkan Pustaka Al Azhar.
Buku Rahsia & Peluang Menjadi Penternak Jutawan yang diterbit sendiri oleh pelajar politeknik
En. Rustam memberi kepercayaan kepada syarikat saya MNS Infobiz bagi menguruskan penerbitan buku ini bermula daripada proses membuat rekabentuk kulit dan halaman serta mencetak buku. Buku ini sekarang dalam proses akhir penerbitan dan dijangka dihantar kepada pencetak pada awal Mac nanti.
Apa yang menarik mengenai buku ini? Ianya menghimpunkan panduan bagaimana menjadi penternak yang berjaya. Ini termasuklah bagaimana menternak lembu, kambing, ayam, itik, puyuh, rusa dan ikan keli.
Selain itu, buku ini turut memuatkan panduan bagaimana hendak memasarkan hasil ternakan melalui FAMA, bagaimana mendapatkan bantuan pinjaman daripada pelbagai pihak, dan bagaimana menyediakan rancangan perniagaan.
Bagi anda yang berminat mendapatkan buku ini, nantikannya di pasaran. Anda boleh hubungi terus En. Rustam dengan menghubungi beliau melalui emel tam_badang18@yahoo.com.