Assalamualaikum
dan selamat sejahtera.
Tuan-tuan
dan puan-puan,
Anda
mungkin mempunyai sebab-sebab peribadi ataupun profesional mengapa
anda hendak terbit buku. Mungkin kerana hendak jadikannya sebagai
sumber pendapatan tambahan. Ataupun mungkin sumber pendapatan tetap
anda sebagai penulis sepenuh masa. Mungkin juga anda ada maklumat
penting yang ingin dikongsi ataupun ada cerita menarik bagi
disampaikan kepada umum. Dan jika anda seorang pensyarah, mungkin
kerana hendak naik pangkat.
Bagi
sesetengah individu yang berbakat menulis, menjadi penulis bebas
untuk suratkhabar, majalah, laman web, dan sebagainya memang berbaloi
dan tidak begitu sukar. Namun begitu, menjadi penulis dan menerbit
buku dengan penerbit besar mungkin menjadi cabaran kepada mereka.
Senario ini begitu ketara di Malaysia. Sebagai contoh jika anda hendak menerbit buku non-fiksyen ataupun akademik, penerbit yang ada begitu terhad. Ditambah pula isu lambat terbit, royalti rendah, edaran yang tidak mantap dan pelbagai lagi isu. Ini semua menjadi halangan kepada penulis.
Senario ini begitu ketara di Malaysia. Sebagai contoh jika anda hendak menerbit buku non-fiksyen ataupun akademik, penerbit yang ada begitu terhad. Ditambah pula isu lambat terbit, royalti rendah, edaran yang tidak mantap dan pelbagai lagi isu. Ini semua menjadi halangan kepada penulis.
Kebelakangan
ini, penulis mula didedahkan dengan cara baru menerbit buku mereka
sebagai jalan alternatif. Cara ini dinamakan sebagai TERBIT SENDIRI.
Terbit sendiri mula bertapak dan berkembang apabila teknologi baru
percetakan dikenali sebagai percetakan digital dan desktop publishing
diperkenalkan. Sekarang, sebalik perlu cetak beribu-ribu naskhah bagi
setiap judul yang terbit, anda boleh cetak minimum senaskhah sahaja
dalam satu-satu masa.
Kos
bagi menerbit sendiri buku anda juga tidaklah semahal seperti dahulu.
Anda juga boleh buat duit dengan mengedar dan menjual sendiri buku
yang diterbitkan dengan bantuan internet. Anda tidak perlu lagi
mengharapkan royalti 10-20 peratus yang ditawarkan oleh penerbit.
Dengan terbit sendiri dan mengedar sendiri buku anda, anda dapat
nikmati royalti sehingga 80 peratus.
Laman blog terbitsendiri.blogspot.my ini akan membimbing anda langkah demi langkah
bagaimana menerbit sendiri buku. Dapatkan tip-tip percuma sebagai
panduan untuk anda.
Bagi
anda yang berminat mengetahui lebih mendalam mengenai cara menerbit
sendiri buku, sebuah ebook berjudul "Buat Duit dengan Terbit
Sendiri Buku" tulisan En. Nazrul Samsudin kini boleh dibeli melalui
laman web ini. Buku ini tidak ada dijual di mana-mana kedai buku.
Ianya hanya boleh dibeli di internet sahaja dalam bentuk e-book. Klik
link ini bagi mendapat maklumat
lanjut:www.terbitsendiri.com/bukusendiri.
Selamat
Maju Jaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan