Jumaat

En. Saat Sukami Terbit Sendiri Buku Bisnes Cacing


Satu hari, saya bertuah kerana dapat berjumpa dengan salah seorang pelanggan yang membeli buku saya. Beliau antara orang yang paling awal membeli buku saya semasa ia mula-mula dipasarkan. Beliau yang saya maksudkan ialah En. Mohamad Saat Sukami.

Buku Emas Hitam tulisan En. Saat Sukami yang beliau terbit sendiri
En. Saat ada membuat bisnes sampingan iaitu memelihara cacing di rumahnya. Beliau mendapat idea bagi menerbitkan buku mengenai cara-cara buat duit daripada cacing. Lalu terbitlah buku berjudul 'Emas Hitam: Resepi Menternak Cacing Tanah untuk Buat Duit'. En. Saat betul-betul mengikuti langkah demi langkah bagaimana menerbit buku seperti yang ada di dalam buku saya.
Saya rasa cukup bangga dengan En. Saat kerana beliau berjaya menerbit sendiri buku pertama beliau itu dari A hingga Z. Menurut beliau sehingga sekarang buku itu sudah tercetak sebanyak 2,000 naskhah. Buku-buku itu pula ada terjual di kedai-kedai buku besar seperti MPH dan Popular.
Selain itu, beliau juga turut menjual melalui pengusaha-pengusaha cacing. Beliau juga kini sibuk memberi ceramah mengenai penternakan cacing. Sekarang beliau sering berulang alik ke Sabah kerana dijemput oleh satu agensi kerajaan bagi memberikan ceramah kepada usahawan yang ingin berkecimpung dalam bidang itu.
Tahniah sekali lagi kepada En. Saat. Semoga cerita ringkas beliau ini dapat menjadi pendorong buat anda menerbit sendiri buku.